Kempen Internet Selamat bersama Pandu Puteri Tunas Cawangan Perlis di STEMazing 2025 Peringkat Kebangsaan di UNIMAP
19 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 Jun 2025, telah berlangsung Kempen Internet Selamat bersama Pandu Puteri Tunas Cawangan Perlis di STEMazing 2025 Peringkat Kebangsaan di UNIMAP. Program ini berlangsung di UNIMAP bermula pada pukul 08:00 pagi sehingga pukul 01:00 tengah hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai Kempen Internet Selamat dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
Sepanjang program ini berlangsung, petugas NADI memberi penerangan mengenai literasi digital iaitu aplikasi dan fungsi-fungsi aplikasi internet, had umur penggunaan media sosial, bahaya media dan alternatif kepada media sosial seperti National Geografic Kids, Google Arts and Calture, dan sebagainya.
Dengan adanya program seperti ini, dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah mengenai bahayanya internet serta membina hubungan baik diantara staf NADI, pelajar dan pihak MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: